Saturday, August 11, 2012

RUKUN PUASA
 

1
) Niat di dalam hati , niat ini diwajibkan pada tiap-tiap malam,  kerana ibadat puasa pada tiap-tiap hari dalam bulan Ramadhan adalah perbuatan yang terpisah di antara hari dengan hari yang lain .
Sebagaimana Hadis Nabi SAW :
من لم يجمع الصوم قبل الفجر فلا صيام له
Maksud : Sesiapa yang tidak berniat puasa sebelum fajar maka tiada puasa baginya .
(Diriwayatkan oleh Ahmad dan Asbus Sunan)
2,3) Menahan diri daripada makan dan minum atau memasukkan sesuatu pada rongga tubuh badan dengan niat serta di dalam keadaan sedar bahawa ianya sedang berpuasa walaupun sedikit bermula daripada keluar fajar sehingga tenggelam matahari .
4) Menahan diri daripada melakukan persetubuhan atau mengeluarkan mani dengan tangan ( Onani ) dan sebagainya  .

Firman Allah Taala :
فَالآنَ بَاشِرُوهُنَّ وَابْتَغُوا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ
Yang bermaksud : Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar.
[Surah Al-Baqarah, Ayat : 187]
Sekiranya makan minum secara tidak sengaja tidak membatalkan puasa berdasarkan kepada hadis nabi SAW : 
أَبِي هُرَيْرَةَ ‏ ‏رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ‏ : عَنْ النَّبِيِّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ ‏ ‏إِذَا نَسِيَ فَأَكَلَ وَشَرِبَ فَلْيُتِمَّ صَوْمَهُ فَإِنَّمَا أَطْعَمَهُ اللَّهُ وَسَقَاهُ
Dari Abi Hurairah R.A, Sabda Rasulullah S.A.W : " Siapa yang lupa bahwa ia berpuasa, lalu ia makan atau minum(kemudian dia ingat), maka hendaklah dia sempurnakan puasanya, maka sesungguhnya Allah telah memberi makan dan minum kepadanya.
(Hadits riwayat Muslim.)
5) Menahan diri daripada memuntahkan makanan dengan segaja , kalau sekiranya seseorang itu muntah dengan tidak sengaja tidak batal puasanya .
Sabda Rasulullah s.a.w:
من ذرعه القئ – غلبه – وهو صائم فليس عليه قضاء ومن استقاء فليقض
Maksudnya : Sesiapa yang terpaksa muntah, tidaklah wajib mengqada' puasanya dan sesiapa yang sengaja muntah, maka hendaklah dia mengqada' puasanya.
(Diriwayat oleh Ashabus Sunan)


perkara yang membatalkan puasa


Thursday, August 2, 2012

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Assalamu Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh,
Salam Ramadhan Al-Mubarak buat rakan-rakan dan anak didik sekalian. Rasanya belum terlambat untuk penulis berkongsi entri ini walaupun kita telah menjalani ibadat puasa untuk hari yang ke-14. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberi kesempatan untuk menunaikan "Rukun Islam" ke-3 iaitu berpuasa dibulan Ramadhan pada tahun ini. Di sini penulis ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi "lafaz niat puasa sebulan dan harian". Penulis yakin semua sudah tahu lafaz niat puasa. Namun tiada salah rasanya jika entri ini dikongsi untuk memantapkan lagi pengetahuan dalam menimba ilmu. Anggaplah ia sebagai proses pengajaran dan pembelajaran yang akan melahirkan generasi berilmu. Lafaz niat puasa adalah seperti berikut;


Lafaz niat puasa sudah kita pelajari. Bagaimana pula dengan niat berbuka puasa. Jangan risau, di sini penulis akan berkongsi juga niat berbuka puasa. Niat Berbuka puasa adalah seperti berikut;



Sekian dahulu paparan entri untuk kali ini, nantikan entri seterusnya dari penulis.


P/S: Selamat beramal.. Jika ada kekeliruan, jangan segan untuk bertanya kepada orang yang arif tentang agama. Selamat Berpuasa penulis ucapkan buat semua muslimin dan muslimat.

*kredit-Ateh@Photoghrapy



Saturday, July 14, 2012

Salam Taaruf...

Blog ini diwujudkan untuk Teknologi Pendidikan 2  Semester 5 Julai 2012.......